icon-search
icon-search

Q1.Adakah Amico dan Amante sesuai untuk vegetarian?

  • Bagi Amico ia sesuai untuk vegetarian, kerana ia berasaskan bahan tumbuhan. Amante mengandungi kolagen dari sumber laut, oleh itu ia bukan 100% vegetarian.

Q2.Saya mengambil Amico dan Amante untuk tujuan penurunan berat badan. Jadi berapa lama atau selepas berapa kotak produk saya akan nampak kesan?

  • Kami akan menasihati anda untuk mengikuti menu diet yang telah dirancang, yang mana anda boleh dapatkan dari kami, selain minum satu paket Amico dan Amante, masing-masing pagi dan malam untuk setiap hari. 
  • Semasa menjalani proses detoksifikasi atau detox ini, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pegambilan karbohidrat dan gula, minum air dengan secukupnya untuk menjaga keseimbangan dan penghidratan tubuh; makan makanan yang bersih (clean-eating) dan tanpa lemak; elakkan makanan berminyak dan sejuk, dan sama juga untuk makanan yang pedas atau pedih.
  • Anda dinasihatkan untuk mengikuti tabiat atau rutin makan tiga kali iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Ini adalah kerana kajian menunjukkan bahawa mereka yang makan tiga kali sehari secara seimbang mempunyai kemungkinan yang lebih rendah untuk tambah lemak badan daripada mereka yang hanya makan dua atau satu kali sahaja setiap hari. 
  • Kalau rutin ini digabungkan sama dengan senaman aerobik setiap hari, hasilnya adalah lebih berkesan, namun kesan adalah berbeza mengikut individu.
  • Mengikuti rutin yang betul akan menurunkan berat badan lebih kurang 7kg dalam jangka masa tiga bulan. Walau bagaimanapun, anda akan mendapati berat badan tetap sama atau hanya perubahan yang kecil setelah mencapai bulan ke-2 dan ke-3. Prinsip sebenar penurunan berat badan adalah membuang lemak badan dan lemak viseral, bukannya semata-mata untuk pengurangan berat badan. 
  • Kebenarannya adalah bahawa lebih daripada 70% tubuh manusia adalah terdiri daripada air. Proses pengurangan lemak badan pada masa yang sama akan membentukan otot, yang mana ini menyebabkan kesan tiada perubahan atau peningkatan berat badan, kerana otot lebih berat daripada lemak badan.

Q3.Mengapa berat badan saya naik selepas mengambil Amico / Amante?

  • Teori serupa seperti pada Q2, pengurangan lemak badan akan membentukan otot, kerana otot adalah lebih berat berbanding dengan lemak badan. 
  • Selain itu, ketika toksin dikeluarkan dari badan, proses penyerapan makanan dalam perut akan meningkat dengan proses detox, yang membolehkan badan anda menyerap nutrien dari makanan dengan berkesan dan memberi manfaat kesihatan.
  • Walaupun berat badan naik, tetapi tidak perlu terlalu risau, ini adalah reaksi jangka pendek. Siri Amico dan Amante terutamanya fokus pada detoksifikasi badan. Apabila toksin-toksin terkumpul di dalam badan telah dikeluarkan, metabolisme badan akan meningkat dan juga membantu menguraikan lemak buruk badan. 
  • Tubuh badan kemudian diisi semula dengan nutrien dari makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk membentuk bentuk tubuh yang lebih bagus.

Q4.Bolehkah seseorang yang menpunyai alahan susu/laktosa minum Amico/Amante? Adakah ia mengandungi laktosa?

  • Amico dan Amante tidak mengandungi bahan tenusu. Walau bagaimanapun, kedua-dua produk dikilangkan pada peralatan yang juga memproses produk lain yang mengandungi bahan susu dan laktosa; oleh itu tidak dijamin Amico dan Amante ialah 100% bebas dari laktosa.

Q5.Saya masih berasa lapar selepas minum Amante. Mengapa ini berlaku?

  • Sebilangan besar orang memakan sarapan pagi mereka dalam bentuk makanan pepejal, di mana badan mereka belum bersedia untuk menyesuaikan diri untuk sarapan / makanan yang berbentuk cair - ini berlaku disebabkan oleh otak, atau minda kita. Buat masa ini, ambillah Amante selama 7 hari secara berterusan untuk membiarkan tubuh dan otak menyesuaikan diri dengan makanan bentuk cair bahawa ia boleh menjadi sarapan pagi kita. 
  • Selain itu, dinasihatkan juga sebelum minum Amante, katakan pada diri anda bahawa "Saya mula makan sarapan sekarang" dan setelah minum, "Saya sudah makan sarapan saya!". Lama-kelamaan otak atau minda anda akan mengetahui bahawa "Pemilik saya telah menukar sarapan!"
  • Mungkin untuk kebanyakan orang yang baru cuba Amante merasa susah untuk rasa kenyang setelah minum. Dalam masa 7 hari sekiranya masih rasa lapar selepas minum, anda boleh mendapatkan menu yang dirancang dari kami untuk membantu, sebagai contoh, makan 2 telur, timun dll selepas atau bersama Amante.
  • Kadang-kadang, tabiat kuat makan akan menyebabkan ukuran perut kita jadi besar, dan kita akan makan makanan yang berlebihan.
  • Ukuran perut yang sebenar adalah lebih kurang dari ukuran kepalan tangan kita. Mengambil Amico / Amante dalam jangka masa akan menjadikan perut kembali ke ukuran yang asal secara perlahan-lahan, oleh itu proses ini dapat mengelakan kita makan secara berlebihan dan juga mengekalkan berat badan yang ideal, serta menjaga sistem imun dan metabolisme yang sihat.

Q6.Adakah Amante bebas gluten?

  • Ya, bebas gluten

Q7.Bolehkah pesakit penyakit buah pinggang kronik mengambil Amico dan Amante? Adakah akan ada kesan sampingan atau beban bagi mereka?

  • Amico dan Amante dapat membantu membaik pulih semula sel-sel dan sistem badan. 
  • Walau bagaimanapun, rujukan ke doktor pesakit adalah diperlukan untuk mengetahui tentang keadaan buah pinggang serta bahan makanan yang harus dielakkan, terutamanya untuk protein. (Sebaliknya, disebabkan kesan terapi tambahan Amico dan Amante, kami mendapati bahawa fungsi buah pinggang dan organ pembiakan bertambah baik bagi individu yang sebelumnya organ tersebut berfungsi lemah, melalui ujian iridologi)

Q8.Semasa mengguna Amico / Amante, perlukah saya minum air berlebihan agar produk dapat berfungsi?

  • Sebenarnya kita perlu minum 2-3 liter air setiap hari, sama juga ketika anda minum Amico / Amante. Begitu tidak ada keperluan untuk menambahkan air, hanya perlu memastikan anda minum air yang secukupnya dalam sepanjang hari.

Q9.Bolehkah Amico diambil dalam tempoh datang haid?

  • Ya, boleh.

Q10.Amico adalah produk untuk detox. Adakah Amico sesuai untuk wanita hamil dan ibu menyusu?

  • Jika mereka menghadapi masalah sembelit (constipation) atau cirit-birit, produk ini adalah disyorkan. 
  • Amico dianggap sebagai produk semulajadi yang bantu menyuburkan fungsi usus besar, Wanita hamil dan ibu menyusu juga boleh berunding dengan profesional kesihatan jika ada pertanyaan sebelum mula guna produk ini. Ibu menyusu boleh minum satu paket selepas menyusui bayi, sedangkan untuk wanita hamil mereka dicadangkan mulai dari separuh paket. Ini untuk mengelakkan pengalaman tidak selesa oleh wanita hamil. 
  • Walau bagaimanapun, pemerhatian keadaan selepas minum Amico diperlukan, dan dia boleh mengambil satu paket jika dia dapat menyesuaikan diri dengan produk tersebut.

Q11.Adakah seseorang mesti mengalami "cirit-birit" untuk menunjukkan bahawa produk Amico sesuai atau berkesan untuknya? Atau bagaimana anda menilai keberkesanannya dari segi detox?

  • Ya, terutama bagi pengguna baru Amico yang tidak pernah mengalami proses detox atau menggunakan produk detox. Reaksi ini adalah normal kerana Amico mengandungi probiotik dan serat untuk mendorong pergerakan usus, oleh itu akan jadi sering pergi ke tandas.
  • Bagi individu yang mengambil produk detox jenama lain, selepas minum Amico mereka mungkin rasa membuang sedikit lebih air besar berbanding dengan hari yang sebelumnya, namun, kesemua reaksi ini berbeza pada individu berdasarkan keadaan badan mereka. Individu yang baru menggunakan Amico dicadangkan untuk mengambil separuh paket pada hari pertama dan memerhatikan reaksinya untuk hari yang berikutnya. 
  • Sekiranya dia masih tidak selesa dengan cirit-birit, teruskan dengan separuh paket. Dia boleh mula minum satu paket apabila mula merasa lebih baik atau dapat menyesuaikan diri dengan produk.

Q12.Mengapa saya mengalami sakit perut atau kekejangan dan kerap buang air besar setelah minum Amico / Amante?

  • Kedua-dua produk menpunyai kandungan serat yang tinggi, yang juga merupakan sumber prebiotik yang amat baik. Prebiotik ini membantu menyuburkan probiotik dalam usus besar, probiotik dapat membantu menghilangkan bakteria ‘tidak baik’ dan memperbaiki persekitaran mikro usus. Selain itu, ekstrak biji cassia juga membantu pembuangan sisa-sisa toksin dari badan kita.
  • Sekiranya toksin terlampau banyak kumpul dalam badan dan tidak dikeluarkan langsung, ini akan menyebabkan toksin diserap semula oleh badan dan menyebabkan berlakunya komplikasi kesihatan. Bahan-bahan dalam Amico mempunyai keupayaan untuk membuang bahan toksik dari usus, jadinya reaksi selalu berkunjung ke tandas. Air besar anda mungkin jadi lebih lembut juga disebabkan perubahan diet secara tiba-tiba. Bakteria atau probiotik usus anda memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan makanan baru yang anda sediakan untuk mereka.
  • Selain itu, pembuangan najis keras yang lama berkumpul dari usus anda boleh menyebabkan rasa sakit dan kekejangan di kawasan perut anda. 
  • Selama tempoh pembersihan atau detox ini, adalah bahawa penting untuk minum air yang secukupnya dan makan secara bersih serta sihat(clean-eating), dan segala reaksi adalah berbeza mengikut individu.

Q13.Amico diperbuat daripada bahan yang semula jadi. Adakah Amico akan berinteraksi dengan ubat-ubatan atau ramuan perubatan yang lain?

  • Amico diperbuat daripada bahan semula jadi, jadi ia tidak ada konflik dengan ramuan ubat yang lain. Walau bagaimanapun, dinasihatkan bahawa tidak digalakkan untuk mengambil Amico Bersama dengan ubat. Ini disebabkan masa ubat berada di dalam badan, ia dianggap sebagai sejenis toksin oleh system badan kita. Mengambil Amico dan ubat pada masa yang sama akan menyebabkan bahan ubat dibuang keluar dari badan, maksudnya ubat yang telah makan hilang kesannya.

Q14.Bolehkah individu yang meminum arak untuk tujuan kesihatan mengambil Amico / Amante?

  • Boleh, tetapi dengan selang waktu 1 jam.

Q15.Amico adalah untuk minum pada waktu malam. Bagaimana dan apa yang akan berlaku jika ia diminum pada waktu siang?

  • Hati menjalani proses detoksifikasi pada waktu malam, atau waktu kita tidur. Oleh itu, adalah dicadangkan minum Amico sebelum tidur, dan ia akan bantu usus besar membuang toksin dalam bentuk air besar pada hari pagi berikutnya. Amico akan berfungsi dengan mengeluarkan toksin dari hati, buah pinggang, dan darah sepanjang waktu malam/tidur dan menghantarnya ke usus besar untuk dikeluarkan pada hari keesokkan. Bagi individu dengan waktu tidur yang berbeza disebabkan sifat kerja (contoh, shift), tidak kira pukul berapa tidur, mereka boleh minum Amico sebelum tidur.

Q16.Bolehkah saya minum lebih daripada satu paket Amico / Amante?

  • Amico / Amante adalah produk tinggi dengan kandungan serat. Usus besar tidak dapat untuk membuang air besar dengan biasa jika makan terlalu banyak serat tapi peminuman air yang tidak mencukupi. Oleh itu, peminuman air yang mencukupi adalah penting. Namun, bagi individu dengan fungsi usus yang tidak berapa normal yang telah minum Amico untuk jangka waktu tertentu dan mendapati bahawa Amico tidak berfungsi seperti masa mula guna Amico, mereka boleh minum dua kali sehari iaitu satu pagi dan satu lagi pada waktu malam untuk sementara sampai dapat buang air besar secara biasa. Amante dicadangkan untuk menganti makan tengah hari. Pastikan penghidratan yang mencukupi ketika mengguna produk. 
  • Amante sesuai untuk menggantikan salah satu atau dua daripada sarapan, makan tengah hari atau makan malam, oleh itu, seseorang boleh minum lebih daripada satu paket Amante setiap hari. Bagi individu yang perlu pelangsingan badan secara segera, mereka boleh mengambil Amante sebagai sarapan dan juga untuk makan malam.

Q17.Saya mengalami sembelit selepas mengambil Amico / Amante. Mengapa ini berlaku?

  • Kandungan serat yang terdapat dalam produk ini menjadikan penyerapan semula air dari dalam tubuh secara kuantiti yang banyak, dan ini akan menyukarkan proses membuang air besar jika tidak cukup minum air, yang sama teori seperti pada Q16. Serat-serat akan kembang selepas menyerap air yang dalam badan, oleh itu serat bersifat seperti penyapu iaitu mengeluarkan semua sampah terkumpul dalam saluran usus melalui membuang air besar. Dan kalau dalam keadaan ini kurang minum air, ia akan menyebabkan masalah buang air besar tetapi untuk masa sementara. Oleh itu, pastikan penghidratan yang cukup semasa pembersihan atau menjalani detox anda.

Q18.Sebelumnya saya tidak pernah menghadapi masalah sembelit, tetapi ketika ini saya menghadapi masalah ini selepas minum Amico / Amante, kenapa?

  • Kekerapan pergi ke tandas bukanlah penunjuk atau maksud proses membuang air besar anda adalah dalam keadaan yang normal. Ciri-ciri najis, warna, bau, reaksi badan dan perasaan sendiri adalah kriteria yang paling penting. Sebenarnya, hanya 6 dari 10 orang dewasa yang dapat membuang air besar sekali sehari. Sebilangan individu membuang air besar sekali setiap 3 hingga 4 hari, dan bagi yang lain membuang air besar sekali seminggu, namun mereka masih mempunyai keadaan badan yang sihat.
  • Ini disebabkan oleh pelbagai faktor; sebenarnya usus besar anda telah dibersihkan dengan sepenuhnya dan tidak ada sisa makanan di dalam usus. Sebaliknya, peminuman air dan pemakanan buah-buahan serta sayur-sayuran yang serat tinggi juga satu faktor yang penting.
  • Dalam hal ini, anda disarankan untuk minum satu paket Amico setiap 2- 3 hari, serta menjalankan rutin detox badan untuk menjaga kesihatan. Proses ini penting kerana badan akan menghasilkan toksin yang baru setiap hari dan jika toksin-toksin tidak dikeluarkan, ia boleh menyebabkan berlakunya komplikasi kesihatan. Sekiranya gejala tersubut berterusan, anda disarankan untuk mengurangkan dos penggunaan iaitu separuh paket agar tubuh dapat menyesuaikan diri dengan produk.

Q19.Setelah beberapa kali membuang air besar secara biasa untuk hari sebelumnya, air besar menjadi lembut dan kadang-kadang dalam bentuk berair/cecair.

  • Keadaan ini disebabkan oleh produk ini berkesan untuk membersihkan saluran usus. Kemunculan najis yang lembut disebabkan oleh usus telah dibersihkan dengan sepenuhnya. Namun, pastikan anda minum air yang cukup dalam tempoh ini.

Q20.Apakah sebab peningkatan jumlah dan kekerapan buang air kecil setelah minum Amico / Amante?

  • Produk ini membantu badan membuang sisa dan air lebihan serta mengurangkan edema badan atau pengekalan cecair di dalam badan.

Q21.Setelah mengguna Amante / Amico selama 1-2 bulan, didapati bahawa saya mengalami sakit badan, rasa tidak selesa atau sakit pada bahagian badan tertentu, walaupun bahagian yang pernah sakit telah dirawat atau sembuh sebelumnya. Apa yang sebenarnya telah berlaku?

  • Amico / Amante memberikan kesan pengaktifan sel-sel dan detox bukanlah sahaja untuk kesuburan usus besar, tetapi juga memberi manfaat untuk bahagian badan yang lain. Kesakitan adalah disebabkan oleh kesan penyembuhan setelah mengambil produk, di mana toksin yang lama terkumpul di dalam badan dikeluarkan dan reaksi penyembuhan berlaku. 
  • Mereka yang pernah menggunakan ubat penahan sakit atau steroid untuk bahagian badan yang sakit tertentu juga akan mengalami reaksi ini, kerana ubat-ubatan tersebut mungkin menyebabkan kebas pada sistem saraf bahagian badan yang pernah sakit. Ubat-ubatan, yang dianggap sebagai toksin dalam system badan, akan dikeluarkan dari badan selepas menggunakan produk dalam jangka masa tertentu. 
  • Reaksi ini mungkin berterusan selama beberapa hari dan akan kembali kepada biasa. Teruskan penggunaan dengan Amico/ Amante akan membantu membaik pulih dan mengurangkan reaksi tersebut.

Q22.Apa sebenarnya yang berlaku sekiranya seseorang itu mengalami rasa pening dan loya setelah mengguna Amico / Amante?

  • Kedua-dua produk ini membantu meningkatkan metabolisme badan serta memudahkan pembuangan toksin badan. 
  • Perasaan ini yang merupakan kesan penyembuhan, dan rasa pening atau mual pada individu tertentu yang mana ini adalah reaksi normal dan sementara, kerana tubuh badan tengah menjalankan proses pembuangan toksin keluar dari badan. Semasa proses detox ini, berikanlah sedikat masa untuk badan biasa dengan produk secara perlahan-lahan agar produk tersebut dapat mencapai kesan yang terbaik. Ingatlah bahawa anda memastikan minum air yang mencukupi semasa dalam proses pembersihan atau detox.
  • Sekiranya gejala berterusan, adalah disarankan untuk mengurangkan dos penggunaan iaitu separuh paket agar tubuh dapat menyesuaikan diri dengan produk.

Q23.Sebilangan orang mungkin mengalami masalah kulit menjadi sensitif, gatal dan merah setelah mengguna Amico / Amante. Kenapa?

  • Keadaan ini adalah normal walaupun mengalami kekeringan kulit, kemerahan dan kegatalan. 
  • Ini disebabkan oleh produk ini memudahkan tubuh untuk menyingkirkan toksin dari badan. 
  • Penyingkiran toksin-toksin ini bukan sahaja hadkan kepada saluran usus, tetapi juga dapat dikeluarkan dari sistem kulit. 
  • Penyesuaian terhadap produk akan berlaku setelah badan sudah biasa dengan produk untuk jangka masa yang tertentu. Kesan tersebut berbeza mengikut individu. Ingatlah bahawa untuk sentiasa kekal penghidratan semasa menjalankan proses pembersihan/detox anda.

Q24.Adakah jerawat akan timbul selepas memakan Amico / Amante?

  • Kesan ini berbeza mengikut individu. Ini bukan hanya jerawat biasa, tetapi juga dikenali sebagai ‘detox breakouts’ yang merupakan reaksi normal badan terhadap toksin. Namun, kerana badan anda mengeluarkan toksin melalui kulit (melalui peluh dll. Teori yang sama pada Q23), proses ini akan meningkatkan muatan toksin melalui liang pori dan menyebabkan jerawat.
  • Di samping itu, kandungan serat yang tinggi terdapat dalam produk ini selain memudahkan sistem penghadaman, ia pun mendorong penyerapan semula air dalam jumlah besar dalam tubuh. Dalam keadaan ini kalau air tidak diminum dengan secukupnya, ini akan menyebabkan ‘kepanasan’ badan sementara ini. Oleh itu, memastikan penghidratan amat penting semasa dalam proses pembersihan/ detox. Sebagai sebahagian daripada kesan penyembuhan, reaksi ini akan hilang apabila tempoh modulasi ini berakhir. 

Q25.Adakah kemungkinan menghadapi masalah tidur setelah minum Amico / Amante?

  • Reaksi ini berbeza mengikut individu. Ini disebabkan oleh produk ini membantu dalam meningkatkan dan mempercepatkan metabolisme tubuh dan peredaran darah, pada masa yang sama juga mengeluarkan toksin badan dari tubuh badan. Proses tersebut mungkin menyebabkan kesukaran tidur atau insonmia. Walau bagaimanapun, ia adalah reaksi penyembuhan badan dan hanya berlaku untuk sementara.

Q26.Mengapa terdapat orang tertentu mengalami sakit gastrik setelah memakan Amico?

  • Oleh kerana Amico sifat 'masam' (bukan maksud berasid), ia akan merangsang penghasilan asid perut, dan ini akan menyebabkan rasa tidak selesa bagi individu dengan fungsi perut yang lemah. Oleh itu, adalah dinasihatkan bahawa elakkan minum Amico secara perut kosong sebelum tidur, tetapi minum Amico selepas makan (contoh, penggantian makanan) untuk mengurangkan simptom ini. Walau bagaimanapun, tiada kesan atau reaksi tersebut bagi individu yang mempunyai fungsi perut yang sihat.

Q27.Mengapa saya mengalami kembung perut/angin selepas minum Amico / Amante?

  • Masalah kembung perut/angin adalah disebabkan oleh kewujudan parasit-parasit usus seperti candida yang dalam saluran usus. Bakteria dan parasit ini biak dan tumbuh dalam usus dan mengeluarkan gas sebagai produk sampingannya, menyebabkan manusia mengalami kembung perut dan angin.
  • Sebilangan individu mula mengalami reaksi ini setelah minum produk untuk beberapa hari, ini merupakan bahawa individu tersebut berpotensi menghadapi masalah sistem penghadaman yang kurang sihat.
  • Probiotik yang terdapat di Amico / Amante boleh menolong memusnahkan parasit-parasit usus dan bakteria yang tidak baik dengan menghalang mereka daripada membiak di dalam usus, dari sini ia membantu mengurangkan reaksi kembung perut & gas.

Q28.Sebilangan orang mengalami sakit tekak selepas penggunaan Amico / Amante, apa penyebabnya?

  • Kandungan serat yang tinggi terdapat dalam produk setelah masuk ke dalam system penghadaman, penyerapan semula air dalam kuantiti yang banyak dalam badan akan berlaku. Jika dalam keadaan ini air tidak diminum dengan cukup, ini akan menyebabkan reaksi “panas badan” sementara waktu ini dan lakunya sakit tekak. Oleh itu, pastikan penghidratan yang cukup semasa dalam proses pembersihan/ detox anda. Reaksi ini akan hilang apabila tempoh modulasi produk berakhir, namun reaksi ini berbeza mengikut individu.

Q29.Bolehkah individu yang lemah badan dan ‘jenis sejuk*’ badan menggunakan Amico / Amante?

  • Produk ini sesuai untuk kedua-dua jenis badan, kerana ia membantu menghilangkan toksin badan, meningkatkan sistem imun badan dan kesihatan tubuh secara keseluruhan serta mengimbangkan ‘yin dan yang’ badan. Dan apabila guna Amico / Amante, ia dapat memberi tubuh nutrien-nutrien yang diperlukan.
  • *dari segi perubatan tradisional

Q30.Bolehkah individu yang mempunyai tekanan darah tinggi /rendah minum Amico / Amante?

  • Amico / Amante dapat membantu dalam mengawal tekanan darah. Ia dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan mengembalikan tekanan darah rendah ke tahap yang stabil.

Q31.Adakah akan wujud kesan kebergantungan setelah mengguna Amico?

  • Amico adalah produk yang semula jadi serta sihat, yang menunjuk kesan dalam mengawal fungsi badan dan lain-lain. Penggunaan dalam jangka masa panjang tidak akan menyebabkan kesan sampingan dan kebergantungan. Walau bagaimanapun, kesan tersebut mungkin berbeza mengikut individu.

Q32.Bolehkah pesakit selepas pembedahan minum Amico / Amante?

  • Setelah menjalani sebarang jenis pembedahan, sistem imun badan akan jadi lemah dan memerlukan sedikit masa sebelum ia dapat pulih dengan sepenuhnya, dari beberapa minggu hingga beberapa bulan. Dalam tempoh baik pulih ini, tubuh manusia menjadi amat sensitif dan sangat mudah dijangkiti kuman. Oleh itu, adalah dicadangkan untuk minum Amico / Amante selepas tempoh pemulihan anda atau 1 bulan selepas pembedahan.

Q33.Amico / Amante mengandungi probiotik. Bolehkah seseorang yang sedang makan antibiotic minum Amico / Amante?

  • Sebenarnya bagi individu yang sedang makan antibiotic, diet mereka harus dilengkapi dengan probiotik. Walaupun fungsi utama antibiotik ialah untuk membasmi bakteria berbahaya, tetapi ia juga akan menjejaskan probiotik dalam usus. Oleh itu, adalah disarankan untuk makan antibiotik terlebih dahulu, dan diikuti Amico / Amante selepas 3 jam.


@mondesaofficial
https://www.instagram.com/mondesaofficial/

Like us on Facebook: @mondesaofficial

Checkout our Website:
https://www.mondesa.com.my/

#colon 

#mondesa

#modesaofficial

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.